Mengenai Saya

Addinnurcatering,pakej perkahwinan, Majlis Bertunang,Catering menu,Doa Selamat,Open House,Majlis Berbuka Puasa,Company AGM,Akikah,Menu Piliha catering,meja beradab,andaman,canopy dan khemah

Assalamualaikum,

Perjalanan hidup yang panjang menjadi kan hidup ini lebih berwarna-warni.Nama sebenar saya Ismail Shuhadak.Di lahirkan di Muar,Johor dan membesar serta berkerjaya di Kuala Lumpur.

Saya pernah berkerja sebagai guru sementara di berapa buah sekolah di Subang Jaya dan di Syarikat Perkapalan seperti MISC , Halim Mazmin Group dan beberapa syarikat perkapalan yang lain, namun bidang kerjaya yang saya pilih dan ceburi ini tidak pernah memberikan kepuasan dalam diri saya hingga akhirnya saya mula menjinak-jinakan diri di dalam bidang perniagaan.

Kini saya menjalankan perniagaan Catering dan pembekal Kuih Muih Frozen di sekitar Lembah Kelang.Bergiat di dalam perniagaan conventional seperti ini banyak memerlukan kesabaran dan kecekalan untuk meneruskan perniagaan .Kerana semua jenis perniagaan memerlukan modal yang besar dan komitment yang tinggi untuk bersaing dengan perniagaan lain.Jatuh bangun dalam meneruskan perniagaan catering ini adalah asam garam dalam hidup saya.Dan ianya sedikit sebanyak memberikan saya ilmu dan pengetahuan yang tidak dapat di jual beli.Di sini lah timbul nya minat saya untuk berkongsi cerita dan pengetahuan supaya ada antara kita tidak melalui jalan-jalan sukar seperti saya.

Bergiat di dalam bidang Internet merupakan perkara baru dalam hidup saya, dan saya merasakan ianya adalah keperluan untuk menambah baik semua jenis perniagaan di alaf kini.Walaupun saya masih baru namun saya cuba meng "Optimum" kan dalam usaha untuk melebarkan sayap perniagaan saya ini.Walau pada awalnya blog ini sekadar untuk mengisi masa terluang dan cuba meneroka bidang baru dalam perniagaan internet,namun ianya banyak membantu saya dalam perkembangan perniagaan catering saya. Syukur alhamdullilah.

Di samping sedikit kesedaran bahawa perkembangan internet mampu memberikan peluang pendapatan tambahan bagi sesiapa jua yang ingin mempelajari dan menguasi pengetahuan mengenai nya.Alangkah baik kiranya kita dapat berkongsi dan bertukar-tukar fikiran tentang perniagaan internet dalam apa jua bentu samada ebook, tutorial, forum diskusi dan sebagainya.

Sekiranya tidak salah saya mengatakan di sini kepada saudara - saudari di luar sana jangan lah kita terlalu gelojoh untuk mendapt keuntungan dan wang segera dengan mengiklankan dan menjual produk produk tertentu tanpa kita menguasi ilmu mengenainya.

Sekian Dan Salam Berinternet. 

No comments:

Post a Comment