Wednesday, June 20, 2012

F & B Vacancies

We are looking for independent runner,driver,event coordinator,freelance sales and marketing,event manager,service crew,kitchen crew,chef.

Friday, June 15, 2012

FBO

Salam Sejahtera., Tak tau apa nak cerita dan tak faham apa yang nak di kongsikan kali ini, just search  and see begitu banyak program yang ada di dalam internet sekarang ini.

http://www.pemasaranFB.com/hop.php?ref=addinnur



Jadi nak kongsikan beberapa program yang berkenaan samada betul or tidak..

http://www.pemasaranFB.com/hop.php?ref=addinnur


http://hits4pay.com/members/index.cgi?ismailshuhadak

Menghadapi masalah jerawat..ada jawapanya.Panduan Cara Mengawal Jerawat yang sistematik dari Doktor Perubatan yang berpengalaman merawat pesakit jerawat selama lebih 6 tahun dan merawat lebih 1200 pesakit jerawat.

http://amisya2.jomniaga.com/go/ismailshuhadak


Jom Langsing
Bagaimana Menguruskan Badan Dengan Mudah & Selamat TANPA Perlu Mengambil Sebarang Pil Mahupun Menjalani Rawatan Pelangsingan Yang Mahal.

Link: http://shuth.jomniaga.com/go/17/ismailshuhadak



Rahsia Bisnes Kuih Raya
Pendedahan Rahsia Perniagaan, Lengkap Dengan Teknik Pemasaran dan Resipi Rahsia Untuk Menjana Pendapatan Dengan Kuih Raya

Link: http://laduni.jomniaga.com/go/ismailshuhadak



Perkahwinan Melayu - Panduan Persediaan Perkahwinan
Rancang Perkahwinan? Dapatkan Panduan Lengkap Persediaan Perkahwinan Ini Segera!

Link: http://huzret.jomniaga.com/go/ismailshuhadak



Jana Wang Di Rumah - Khas Untuk Wanita!
Trend bekerja dari rumah adalah trend terkini untuk masa hadapan. Jangan biarkan diri anda kepenatan dan terpinga-pinga di kemudian hari melihat bagaimana orang lain boleh hidup bahagia dan bebas walaupun hanya duduk di rumah.

Link: http://shuth.jomniaga.com/go/5/ismailshuhadak





Panduan Eksklusif Perniagaan Coklat Buatan Tangan
Ketahui rahsia saya menjana keuntungan RM2000 dan membeli 3 unit IPad 2 dengan hanya menjual coklat buatan tangan dari rumah!

http://gurucoklat.jomniaga.com/go/ismailshuhadak


Rahsia Coklat Buatan Tangan Dengan Kos Minimum
Rahsia Perniagaan Coklat Buatan Tangan Dari Rumah Kini Terbongkar. Ketahui Bagaimana Untuk Bermula Dengan Kos Yang Minimum!

Link: http://3cbakery.jomniaga.com/go/ismailshuhadak



Samseng Facebook - Sistem Trafik Percuma FaceBook!
Rahsia Merampas Trafik Percuma Dan Tanpa Had Dari FaceBook Menggunakan Teknik Samseng.

Link: http://samsengfb.jomniaga.com/go/ismailshuhadak





Tolong komen
jengkol

Sunday, June 10, 2012

ESOK MUSIM PERSEKOLAHAN BERMULA

Assalamualaikum, lama juga saya meninggalkan catatan untuk blog ini, maklumlah dengan komitment kerja kerja harian menguruskan tempahan catering dan mengoptimumkan promosi catering dan produk kuih sejuk beku secara conventional ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan.Tambah pulak esok bermula nya musim sekolah, soo sibuklah anak-anak dan kita sekali dok cari buku,baju dan kelengkapan yang sebelum ini mereka tak pernak kisah sangat pun.

Esok Jalan jalan kat KL ni mula la sibuk dan sesak dari hari hari biasa sebelum ini.Mujur jugak esok tak ada tempahan catering ,dapat lah jugak rest je kat umah.Kepada anak anak dan adik-adik yang akan memulakan semula sesi persekolahan esok, musim bersantai-santai,dah habis jadi fokus semula kepada pelajaran dan berjaya di dunia dan akhirat ya.

oleh kerana sok pagi dah mula sekolah,kena lah  buat menu semula untuk anak anak sarapan,makan tengahari dan malam kan...menu apa nak buat ni..terfikir jugak nak buat Roti Jala tapi macam leceh pulak..tapi ok gak kuah kari leh buat tuk survive untuk makan tengahari..
http://www.addinnurcatering.com.my

Monday, June 4, 2012

ERTI KEHIDUPAN


Arti Kehidupan  
Jangan Berkata tidak
bila kau jatuh cinta
terus terang sajalah buat apa berdusta

Cinta itu Anugrah
maka berbahagialah
sebab kita sengsara
bila tak punya cinta ho..oooo

Rintangan Pasti datang menghadang
Cobaan Pasti datang menghujam
tapi yakinlah bahwa cinta kan membuatmu
mengerti akan Arti Kehidupan

marilah sayang mari sirami
cinta yg tumbuh di dalam diri
marilah sayang mari sirami
agar merekah sepanjang hari

Sunday, May 27, 2012

PANDUAN MENENTUKAN BUDGET PERKAHWINAN


                                       


Tambah kapsyen
                                   
Written by jengkol
Membina mahligai perkahwinan sememangnya disifatkan sebagai satu peristiwa yang berlaku sekali seumur hidup. Lantas, tidak hairanlah jika ramai pasangan membelanjakan berpuluhan ribu ringgit hanya untuk melangusngkan majlis perkahwinan mereka.

Namun, jika tidak berhati-hati dalam merancang bajet perkahwinan, anda dan pasangan akan berdepan dengan masaalah kewangan di kemudian hari.. Justeru di sini  adalah beberapa garis panduan dalam merancang bajet perkahwinan agar pasangan  dapat menguruskannya dengan sempurna.

  Meletakan Bajet

Fikirkan berapakah jumlah kewangan yang diperlukan untuk melangsungkan perkahwinan anda. Sifat berserdahana dituntut dalam Islam pada setiap perkara. Maka berbelanjalah berdasarkan kemampuan anda dan elakkan daripada mengambil pinjaman peribadi secara berlebihan. Ini kerana ia boleh membawa kemudaratan dalam rumahtangga yang baru dibina kelak.

  Berbincang Bersama

Perbincangan mengenai perkahwinan anda dan pasangan adalah sangat penting dan paling di utamakan. Ini bagi mengelakkan berlakunya perkara pembaziran dan terus mengekalkan bajet perkahwinan anda. Pastikan bahawa keputusan yang dicapai dipersetujui secara bersama. Ini bagi mengelakkan ungkit mengungkit di belakang hari.

  Senarai Keutamaan

Jika anda mempunyai bajet yang terhad, cara yang terbaik ialah memberi keutamaan pada perkara-perkara yang penting. Ini seperti tempat majlis, makanan, mak andam, kerusi meja, cenderahati dan jemputan. Ini semua adalah lebih penting jika dibandingkan dengan dekorosi tempat majlis, muzik dan penggambaran di luar. Dari itu, buatlah pilihan yang tepat.

  Berkongsi perbelajaan

Ini selalunya jika majlis diadakan bersama di hotel, dewan serbaguna atau sebagainya. Para jemputan yang hadir dijemput oleh kedua pasangan pengantin dan keluarga. Dari itu, memanglah sepatutnya berkongsi kewangan dalam perbelanjaan bagi majlis perkahwinan itu. Akan tetapi jika ada adat tradisi yang harus diperhatikan seperti ‘buka kipas', pihak pengantin lelaki seharusnya yang membayar ongkosnya.

  Buat kajian pembekal dan harga

Sebaik-baiknya buat kajian mengenai khidmat pembekal. Pastikan anda memeriksa mutu perkhidmatan mereka yang mengendalikan majlis anda sebelum membuat tempahan bertulis agar jangan hanya indah khabar dari berita. Ini kerana perkhidmatan yang tidak memuaskan akan menyebabkan kekecewaan dan tidak secara langsung ‘merosakkan' kemeriahan majlis. Dari itu, "Biarlah alah membeli menang memakai".

Membuat bandingan pakej perkahwinan pula dapat membantu anda bajet berdasarkan kemampuan anda. Dari itu, anda harus membuat kajian terperenci mengenai harga sebenar atau jangkaan katerer, deko, andaman dan sebagainya sebelum membuat pilihan. Dengan ini, jika kos perbelanjaan terlebih dari bajet, anda masih boleh membuat pindaan. Senantiasa semak bajet anda bagai memastikan anda berada dalam landasan yang betul. Anda juga harus mencatit setiap perbelanjaan dan menyimpan resit sebagai bukti pembayaran. Ini kerana ia boleh dijadikan bukti jika ada sebarang keraguan terhadap pembyaran yang telah dilunaskan.

Kesimpulannya, anda harus pastikan bajet anda berada pada landasan yang betul agar kehidupan baru anda tidak dibelengu dengan kemelut kewangan. Hakikatnya, majlis perkahwinan sepatutnya menjadi acara yang meriah, bahagia dan mampu memahat kenangan indah.




Saturday, May 26, 2012

HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012



Salam Sejahtera.                                
Esok adalah hari terakhir Himpunan Jutaan Belia di Putra Jaya.Jadi esok juga adalah hari terakhir kami mengendalikan perkhidmatan makanan untuk Majlis tersebut.Tak banyak yang saya boleh kongsikan pada catatan kali ini kerana kepenatan dalam operasi majlis di jalankan. Hari ini nampaknya majlis himpunan belia semakin ramai pengunjung, di setiap sudut dan ruang kelihatan ramai orang dan acara semakin meriah dengan pelbagai aktiviti yang di adakan, tambahan lagi dengan kehadiran VVIP dan Menteri di majlis hari ini.
Seperti biasa kami yang menjalankan perkhidmatan katering menghadapi kesukaran untuk membawa masuk makanan dan minuman seperti yang di jadualkan, namun oleh kerana kami terlah menjangkan perkara ini akan berlaku jadi alhamdullilah segala nya dapat di atasi.

Gamaknya Himpunan Jutaan Belia kali ini memang Gempak kerana kalau nak di bandingkan dengan lain lain Majlis kerana kali ini terdapat pelbagai aturcara termasuk Kebudayaan,Sosial,Ekonomi,Hiburan dan bermacam -macam acara lagi.Bukan sahaja dari negara Malaysia sendiri malah kehadiran dari negara Jepun dan lain-lain.

Tambah meriah dengan penyertaan pelbagai Jabatan dan Institusi yang menawarkan dan memberkan panduan kerjaya kepada belia.Lagi meriah ,apa lagi kalau bukan penyertaan JOM HEBOH ni kan.

Namun saya tak berkesempatan untk pergi dari satu tapak acara ke tapak acara yang lain, keran selain dari menguruskan penghantaran makanan kepada peserta-peserta belia, masa saya banyak di habiskan di sini sahaja.

Harapan agar belia-belia  kita dapat menafaat dari Himpunan Jutaan Belia ini kerana, bukan semata-mata datang untuk berhibur dan mengharapkan hari Belia yang akan datang tanpa mendapatkan maklumat dan menafaat dari majlis besar seperti ini..kalau tidak sia-sia lah usaha seperti ini.  

Friday, May 25, 2012

PANDUAN MEMILIH CATERING UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN


Panduan Memilih Catering Untuk Majlis Perkahwinan

Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan  yang dikasihi sekalian. Seperti mana yang kita semua maklum bahawa kita pernah menghadiri pameran pengantin . Terdapat pelbagai pengusaha aksesori perkahwinan yang mengambil bahagian, yang mana terdiri daripada  pelamin, hiasan dalaman, kad kahwin, butik pengantin, kek, doorgift dan catering.
Sudah tentu kehadiran saudara dan saudari kesana  adalah untuk memilih yang terbaik bagi semua keperluan yang diperlukan untuk hari bahagia tuan/puan.
Sehubungan itu, kualiti, kebolehpercayaan, serta kemampuan pengusaha-pengusaha hendaklah dinilai sepenuhnya, bukan sahaja terletak pada harga MURAH sahaja tetapi KUALITI dan KUANTITI setiap produk yang dijual atau diberi.
Kecantikan dan kesempurnaan majlis perkahwinan anda selalunya menjadi buah mulut tetamu apabila hiasan dan persembahannya menarik serta kualiti dan kuantiti makanan yang memenuhi citarasa tetamu & tuan rumah.
Di sini disenaraikan beberapa panduan atau tip-tip untuk memilih KATERER yang terbaik untuk majlis perkahwinan anda:
               
1.Beras yang digunakan, apakah ia jenis yang berkualiti? Anda harus peka tentang pelbagai jenis beras basmathi dipasaran  yang digunakan oleh caterer; daripada harga sekilo RM2.90 – RM9.60. Berapa kuantitinya? Pilihlah yang terbaik, dan tanyalah caterer anda.


                     
2.Untuk daging lembu yang dimasak, apakah jenis dagingnya ? Lemak, cincang, atau tetel? Atau daging blade, silverside, topside, terderloin, chuck, daging campur atau apa? Berapa kuantitinya? Tanya pada caterer.


                       
3. Ayam. Berapa ekor ayam untuk 1,000 orang makan ? Berapa berat setiap ekor? Seekor ayam pula dipotong berapa? Ini harus ditanya oleh anda. Jika anda berurusan dengan caterer yang berpengalaman, ia akan dapat menjawab dengan spontan.
4. Tanya caterer berapa kenderaan yang ada bagi tujuan catering? Jika kenderaan tidak mencukupi, akan menjadi lambat bagi tujuan penghantaran makanan anda. Pukul berapa makanan akan sampai ditempat majlis?

               


5. Tanya juga katerer, siapakah waiternya? Berpengalaman? Beruniform atau tidak?
6. Tanya caterer. Bagaimana cara masak makanan yang akan dihidangkan kepada anda terutamanya nasi.

Inilah antara tip-tip yang anda perlu teliti dan nilai supaya kerisauan anda akan terjawab. Oleh itu berhati-hatilah ketika memilih caterer.

ADDIN NUR CATERING-Your One Stop Catering Solution


Wednesday, May 23, 2012


PANDUAN PEMILIHAN CATERING

Salah-satu aspek dalam sesebuah majlis perkahwinan ialah urusan menempah katering iaitu elemen yang saya kira paling penting. Ye la kan, orang datang kenduri kahwin pun agenda paling utamanya ialah tak lain dan tak bukan untuk makan nasi minyak. Betul tak?
Dalam artikel kali ini, saya akan berkongsi dengan anda apakah dia tips-tips yang patut anda ikut untuk memilih dan ketika berurusan dengan pihak katering perkahwinan yang akan menyediakan makanan untuk majlis perkahwinan anda.
Makanan memang amat penting kerana ia memberi ‘overall impression’ bagi majlis perkahwinan anda. Kalau makanan anda sedap, memang ia sudah cukup memberi gambaran yang baik oleh tetamu jemputan majlis perkahwinan anda.
Berikut adalah tips-tips tersebut:

TIPS 1: Dapatkan quotation atau sebut harga yang se-detail yang mungkin. Nytakan segala apa yang anda inginkan dengan sejelas-jelasnya. Lauk-pauk, pencuci mulut, nasi minyak atau nasi putih, khemah, meja pengantin dan sebagainya yang berkaitan dengan hal-hal makanan. Gunakan maklumat-maklumat yang sama ini untuk anda dapatkan quotation daripada katerer-katerer yang lain.
TIPS 2: Pastikan sekurang-kurangnya anda dapatkan 3 sumber katering yang berlainan untuk bandingkan harga yang paling berbaloi dan dalam masa yang sama menyediakan makanan yang terbaik. Gunakan maklumat yang sama tadi (dalam Tips 1) untuk anda minta sebut harga daripada 2 penyedia ketering yang lain.
TIPS 3: Adalah lebih baik urusan bersama katering ini anda sendiri dan pasangan anda lakukan pergi bertemu secara bersemuka dengan pihak katering. Ingat seperti yang saya katakan tadi, makanan merupakan aspek terpenting dalam menjayakan sesebuah majlis perkahwinan. Anda hanya ada sekali ini sahaja untuk memberi impression yang terbaik kepada tetamu anda. Kalau makanan anda sedap, sudah cukup untuk memberi impression yang baik dan boleh membuatkan tetamu anda berpuas-hati dan happy di majlis perkahwinan anda.
TIPS 4: Tanya dan buat confirmation dengan katerer pilihan anda adakah ada cas-cas lain yang ‘tersembunyi’ ketika menetapkan sebut harga. Mana tahu nanti anda kene bayar lebih daripada yang anda minta ke.
Itulah dia beberapa tips yang sempat saya kongsikan bersama anda tentang bagaimana yang anda boleh berurusan dengan katering perkahwinan bagi mendapatkan pakej makanan paling murah dan dalam masa yang sama kualitinya memuaskan anda.
Sekarang ni dah ada satu panduan lengkap yang ingin saya kongsikan bersama anda. Dalam panduan ini memang terdapat lebih banyak lagi tips, info dan panduan yang boleh membantu anda dalam merancang majlis perkahwinan yang sempurna.
Tak perlu anda nak upah wedding planner yang menelan kos sehingga ribuan RM. Berikut adalah panduan yang saya maksudkan:-
Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat dan berinformatif, kongsikan bersama rakan-rakan anda di Facebook. Mana tahu ada rakan-rakan anda yang akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Pasti mereka berterima kasih kepada anda.
Tip ini saya kongsikan daripada Artikel Perkahwinan
Saya akan kongsikan beberapa panduan di lain artikel..salam ceria selalu..
JOM KE HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012

HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012

Alhamdullilah, hari ni baru sempat nak menulis kat blog ni..kerana sibuk dengan tempahan catering untuk jamuan makan kat majlis Himpunan Belia ni, tak sempat langsung nak update blog.
Dalam minggu ni banyak pogram yang melibatkan belia di Putrajaya,kalau tahun lepas Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) mensasarkan 1 Juta orang tapi tahun 2012 KBS buat untuk 2 Juta pulak..program memamg gempak, segala jenis khemah,stage memenuhi setiap ruang termasuk di tepi tasik,atas jalan, depan bangunan bangunan kerajaan sekitar di Putrajaya.
Minggu ni juga  tempahan makanan dan kuih bertambah-tambah.di sebabkan tempahan dan kuantiti yang bertambah ini kenalahlah ambik  parttime dan wat kerja untuk 2 shift.Kalu ada sesiapa yang rasa nak wat kerja partime tu leh la hubungi saya ya...masih ada lagi kekosongan.


Nak cite pasal kuih ni,di sebabkan kuantiti tempahan yang banyak  Addin Nur Catering hanya mampu membuat 4 jenis kuih sahaja  iaitu "Kuih Bakar" "Samossa Daging" "Donuts" "Chees Tart".Selain memenuhi permintaan kuih, perkhidmatan untuk 4 kali makan juga di kendalikan untuk sesi pada tahun ini..So komitment untuk memenuhi permintaan ini merupakan sesuatu yang bermakna untuk kami bersaing dan men"jenama"kan syarikat kami di kalangan pelanggan yang sedia ada dan pelanggan baru kami.
Rasanya ini sahaja perkongsian untuk kali ini..mudah mudahan segala galanya berjalan dengan lancar.

Wednesday, May 16, 2012

ANTARA KERJAYA DAN KERJA

Salam sahabat semua,sebelum terlupa kepada sahabat sahabat yang bergelar cikgu "Selamat Hari Guru"hari ini pagi pagi lagi dah cari fruit tartlet..kes semalam harus di selesaikan walau dengan apa cara sekalipun walaupun pelanggan memahami situasi untuk mendapatkan kuih tersebut dalam masa singkat agak sukar,namun alhamdullilah ada juga satu kedai di Putrajaya yang ada menjual walau bukan fruit tartlet tapi lebih besar dan enak"chees tart",yahoooo.mantap.
Semalam masa ambik order rasa macam tak sedap hati pulak nak gantikan dengan swiss roll, so pagi pagi dok kejar semua kedai bakery kat putrajay cari kuih ni..
Sebenarnya usaha adalah tangga kejayaan,kata kata yang masih relevan di gunakan oleh sahabat saya.
Esok ke Sekolah Kiblah Dengkil untuk berbincang tentang pogram tahunan sekolah,satu lagi cabaran baru aku untuk menyediakan 12 khemah dengan lantai flywood dan stage.Selain esok memang sibuk dengan catering,nak buat persediaan untuk awal bulan depan ada 2 even besar di UPM dan Sekolah Kiblah.

Mudah mudahan usaha membangunkan keyakinan pelanggan terhadap perkhidmatan Addin Nur Catering di permudahkan...walaupun dalam masa yang sama Kenyang Food Industries masih belum sepenuhnya beroperasi kerana kekangan permintaan catering  yang menggalakkan.....amin

http://www.addinnurcatering.com.my

Tuesday, May 15, 2012

MENGARANG MENU


Dah jam 2.30am tak dapat nak tido lagi ni..banyak pulak menu yang nak kena buat untuk Majlis Mesyuarat di MOA rabu ni.Invoice tak siap siap lagi..mana nak dapat payment macam ni,ada job tak ada duit..tak ada job lagi "hampeh"..esok kat Kementerian Kesihatan mintak kuih pelik pulak tu...ada ke mintak menu kuih "Fruit Tartlet", buah 3 jenis Kiwi,Anggur Hitam dan Honey Dew.Order petang jam 6pm nak makan esok...pusing kepala nak buat macam ni..lain boleh cari tapi nak dapatkan "fruit tartlet" mana nak cekow???nak buat tak sempat dah..ada yang lenyek kalu buat malam ni....ingat bagi kat diaorang gambar je kot..kuih tak sempat nak siap..di gantikan dengan swiss roll...nasib la kan..oder lambat...bagi "swiss roll" macam macam perisa ada...senang kerja..tak payah buat...ready made from kedai...Kuih segera ciptaan idea Addin Nur Catering...

Mujurlah malam ni ada orang temankan untuk siapkan sume invoices ni.."till now" orang yang berkenaan tu masih lagi O9 kat FB dia kan...semalam dah tido lewat...ari ni lewat lagi kan akak cha.....study ya..



Monday, May 14, 2012

ISNIN 14HB MEI 2012

Hari ini hari yang paling letih,tak ada mood nak mulakan kerja...banyak sebutharga baru masuk,payment tak masuk lagi...pusing daaa..nak makan pun tak ada selera..

Sunday, May 13, 2012

LEMPENG KELAPA MANTAP

Fuuu...lum habis demam dengan gusi yang bengkak ni makan apa pun tak ada rasa...tapi petang tadi akak najaa buatkan lempeng kelapa..berselera pulak..cicah dengan sambal tumis bawang..memang boom + mantap lempeng kelapa..terimakasih akak najaa.

Friday, May 11, 2012

"Food Testing"Majlis Gemilang Putra-UPM 2012

Alhamdullilah semalam adalah sesi "food testing' majlis gemilang putra 2012 yang akan di adakan pada bulan hadapan.Walaupun dalam keadaan sakit gusi namun saya gagahkan juga untuk attend majlis tersebut.Hasilnya Addin Nur Catering berjaya di terima sebagai caterer untuk majlis di hadiri oleh 1250 orang pada majlis tersebut.
Hari ini saya tak dapat nak menulis lanjut keadaan gusi macam kritikal , gusi makin sakit.adusssssss....nak buat apa pun tak jadi.tapi pagi tadi dapat makan kuih kegemaran "kuih karipap berintikan kentang" buatan mak uteh..

Thursday, May 10, 2012

Kuih Popia Basah

Ramai yang mengenali kuih ini "kuih popia basah" cerita tentang cara nak buat semua orang boleh mendapatkan resepinya, namun untuk mendapatkan rashia  resepi dan citarasa kampung sebenar tidak semua mengetahuinya, ambil contoh sekiranya anda teringin untuk makan "popia basah" , kebanyakkan sanggup berjalan jauh dan beratur panjang untuk menikmati 'popia basah" yang sebenar...saya akan kongsikan resepi dan cara membuat "popia basah" di coretan yang akan datang.
Hari ini baru teringat nak buka blog  yang dah lama tidak dapat di kemaskinikan. dek kerana sibuk dengan catering sana sini, namun hari ini terpanggil untuk menulis dalam blog ,tujuan utama blog ini di buat adalah oleh kerana saya berkecimpung dalam bidang katering, untuk mendapatkan info mengekalkan kuih muih tradisi melayu  supaya tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas..namun visi dan mission saya mengadpatasikan kuih-muih melayu ini dalam bentuk yang lebih releven buat masa sekarang.kuih tradisional

Sunday, April 1, 2012

kuihkampung: Lama tak masuk ke blog ni sebab dok sibuk upgrade ...

kuihkampung: Lama tak masuk ke blog ni sebab dok sibuk upgrade ...: Lama tak masuk ke blog ni sebab dok sibuk upgrade website..ari ni betul betul jadi bengong sume yang aku buat jadi makin x faham.Jadi nak ...
Lama tak masuk ke blog ni sebab dok sibuk upgrade website..ari ni betul betul jadi bengong sume yang aku buat jadi makin x faham.Jadi nak hilang kan stress aku dok adjust apa yang perlu kat blog ni...jadi kalu ada sapa sapa yang murah hati nak tolong coaching jommm..aku belanja air best..

Sunday, March 18, 2012

KENYANG FOOD

Sekadar hendak mengimbau kenangan tahun 2004 membangunkan sebuah perniagaan kuihmuih yang boleh menarik ramai pembeli dan makanan yang berkhasiat dan kenyang.dari namanya aje dah Kenyang Food.dan ramai yang bertanyakan tentang nama Kenyang Food dari apa produk yang aku jualkan.Permintaan memang hebat di awalnya.