Friday, May 25, 2012

PANDUAN MEMILIH CATERING UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN


Panduan Memilih Catering Untuk Majlis Perkahwinan

Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan  yang dikasihi sekalian. Seperti mana yang kita semua maklum bahawa kita pernah menghadiri pameran pengantin . Terdapat pelbagai pengusaha aksesori perkahwinan yang mengambil bahagian, yang mana terdiri daripada  pelamin, hiasan dalaman, kad kahwin, butik pengantin, kek, doorgift dan catering.
Sudah tentu kehadiran saudara dan saudari kesana  adalah untuk memilih yang terbaik bagi semua keperluan yang diperlukan untuk hari bahagia tuan/puan.
Sehubungan itu, kualiti, kebolehpercayaan, serta kemampuan pengusaha-pengusaha hendaklah dinilai sepenuhnya, bukan sahaja terletak pada harga MURAH sahaja tetapi KUALITI dan KUANTITI setiap produk yang dijual atau diberi.
Kecantikan dan kesempurnaan majlis perkahwinan anda selalunya menjadi buah mulut tetamu apabila hiasan dan persembahannya menarik serta kualiti dan kuantiti makanan yang memenuhi citarasa tetamu & tuan rumah.
Di sini disenaraikan beberapa panduan atau tip-tip untuk memilih KATERER yang terbaik untuk majlis perkahwinan anda:
               
1.Beras yang digunakan, apakah ia jenis yang berkualiti? Anda harus peka tentang pelbagai jenis beras basmathi dipasaran  yang digunakan oleh caterer; daripada harga sekilo RM2.90 – RM9.60. Berapa kuantitinya? Pilihlah yang terbaik, dan tanyalah caterer anda.


                     
2.Untuk daging lembu yang dimasak, apakah jenis dagingnya ? Lemak, cincang, atau tetel? Atau daging blade, silverside, topside, terderloin, chuck, daging campur atau apa? Berapa kuantitinya? Tanya pada caterer.


                       
3. Ayam. Berapa ekor ayam untuk 1,000 orang makan ? Berapa berat setiap ekor? Seekor ayam pula dipotong berapa? Ini harus ditanya oleh anda. Jika anda berurusan dengan caterer yang berpengalaman, ia akan dapat menjawab dengan spontan.
4. Tanya caterer berapa kenderaan yang ada bagi tujuan catering? Jika kenderaan tidak mencukupi, akan menjadi lambat bagi tujuan penghantaran makanan anda. Pukul berapa makanan akan sampai ditempat majlis?

               


5. Tanya juga katerer, siapakah waiternya? Berpengalaman? Beruniform atau tidak?
6. Tanya caterer. Bagaimana cara masak makanan yang akan dihidangkan kepada anda terutamanya nasi.

Inilah antara tip-tip yang anda perlu teliti dan nilai supaya kerisauan anda akan terjawab. Oleh itu berhati-hatilah ketika memilih caterer.

ADDIN NUR CATERING-Your One Stop Catering Solution


No comments:

Post a Comment