Saturday, May 26, 2012

HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012



Salam Sejahtera.                                
Esok adalah hari terakhir Himpunan Jutaan Belia di Putra Jaya.Jadi esok juga adalah hari terakhir kami mengendalikan perkhidmatan makanan untuk Majlis tersebut.Tak banyak yang saya boleh kongsikan pada catatan kali ini kerana kepenatan dalam operasi majlis di jalankan. Hari ini nampaknya majlis himpunan belia semakin ramai pengunjung, di setiap sudut dan ruang kelihatan ramai orang dan acara semakin meriah dengan pelbagai aktiviti yang di adakan, tambahan lagi dengan kehadiran VVIP dan Menteri di majlis hari ini.
Seperti biasa kami yang menjalankan perkhidmatan katering menghadapi kesukaran untuk membawa masuk makanan dan minuman seperti yang di jadualkan, namun oleh kerana kami terlah menjangkan perkara ini akan berlaku jadi alhamdullilah segala nya dapat di atasi.

Gamaknya Himpunan Jutaan Belia kali ini memang Gempak kerana kalau nak di bandingkan dengan lain lain Majlis kerana kali ini terdapat pelbagai aturcara termasuk Kebudayaan,Sosial,Ekonomi,Hiburan dan bermacam -macam acara lagi.Bukan sahaja dari negara Malaysia sendiri malah kehadiran dari negara Jepun dan lain-lain.

Tambah meriah dengan penyertaan pelbagai Jabatan dan Institusi yang menawarkan dan memberkan panduan kerjaya kepada belia.Lagi meriah ,apa lagi kalau bukan penyertaan JOM HEBOH ni kan.

Namun saya tak berkesempatan untk pergi dari satu tapak acara ke tapak acara yang lain, keran selain dari menguruskan penghantaran makanan kepada peserta-peserta belia, masa saya banyak di habiskan di sini sahaja.

Harapan agar belia-belia  kita dapat menafaat dari Himpunan Jutaan Belia ini kerana, bukan semata-mata datang untuk berhibur dan mengharapkan hari Belia yang akan datang tanpa mendapatkan maklumat dan menafaat dari majlis besar seperti ini..kalau tidak sia-sia lah usaha seperti ini.  

No comments:

Post a Comment