Wednesday, May 23, 2012


PANDUAN PEMILIHAN CATERING

Salah-satu aspek dalam sesebuah majlis perkahwinan ialah urusan menempah katering iaitu elemen yang saya kira paling penting. Ye la kan, orang datang kenduri kahwin pun agenda paling utamanya ialah tak lain dan tak bukan untuk makan nasi minyak. Betul tak?
Dalam artikel kali ini, saya akan berkongsi dengan anda apakah dia tips-tips yang patut anda ikut untuk memilih dan ketika berurusan dengan pihak katering perkahwinan yang akan menyediakan makanan untuk majlis perkahwinan anda.
Makanan memang amat penting kerana ia memberi ‘overall impression’ bagi majlis perkahwinan anda. Kalau makanan anda sedap, memang ia sudah cukup memberi gambaran yang baik oleh tetamu jemputan majlis perkahwinan anda.
Berikut adalah tips-tips tersebut:

TIPS 1: Dapatkan quotation atau sebut harga yang se-detail yang mungkin. Nytakan segala apa yang anda inginkan dengan sejelas-jelasnya. Lauk-pauk, pencuci mulut, nasi minyak atau nasi putih, khemah, meja pengantin dan sebagainya yang berkaitan dengan hal-hal makanan. Gunakan maklumat-maklumat yang sama ini untuk anda dapatkan quotation daripada katerer-katerer yang lain.
TIPS 2: Pastikan sekurang-kurangnya anda dapatkan 3 sumber katering yang berlainan untuk bandingkan harga yang paling berbaloi dan dalam masa yang sama menyediakan makanan yang terbaik. Gunakan maklumat yang sama tadi (dalam Tips 1) untuk anda minta sebut harga daripada 2 penyedia ketering yang lain.
TIPS 3: Adalah lebih baik urusan bersama katering ini anda sendiri dan pasangan anda lakukan pergi bertemu secara bersemuka dengan pihak katering. Ingat seperti yang saya katakan tadi, makanan merupakan aspek terpenting dalam menjayakan sesebuah majlis perkahwinan. Anda hanya ada sekali ini sahaja untuk memberi impression yang terbaik kepada tetamu anda. Kalau makanan anda sedap, sudah cukup untuk memberi impression yang baik dan boleh membuatkan tetamu anda berpuas-hati dan happy di majlis perkahwinan anda.
TIPS 4: Tanya dan buat confirmation dengan katerer pilihan anda adakah ada cas-cas lain yang ‘tersembunyi’ ketika menetapkan sebut harga. Mana tahu nanti anda kene bayar lebih daripada yang anda minta ke.
Itulah dia beberapa tips yang sempat saya kongsikan bersama anda tentang bagaimana yang anda boleh berurusan dengan katering perkahwinan bagi mendapatkan pakej makanan paling murah dan dalam masa yang sama kualitinya memuaskan anda.
Sekarang ni dah ada satu panduan lengkap yang ingin saya kongsikan bersama anda. Dalam panduan ini memang terdapat lebih banyak lagi tips, info dan panduan yang boleh membantu anda dalam merancang majlis perkahwinan yang sempurna.
Tak perlu anda nak upah wedding planner yang menelan kos sehingga ribuan RM. Berikut adalah panduan yang saya maksudkan:-
Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat dan berinformatif, kongsikan bersama rakan-rakan anda di Facebook. Mana tahu ada rakan-rakan anda yang akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Pasti mereka berterima kasih kepada anda.
Tip ini saya kongsikan daripada Artikel Perkahwinan
Saya akan kongsikan beberapa panduan di lain artikel..salam ceria selalu..
JOM KE HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012

No comments:

Post a Comment